Ketua Pengarah Pendidikan menegaskan tiada lagi ujian saringan bagi kanak-kanak berusia enam tahun (5+) yang mendaftar secara sukarela.
Langkah ini diambil bagi memastikan murid tidak ketinggalan serta menjaga kesejahteraan mereka di bawah inisiatif Kerajaan MADANI.Permohonan terbuka kepada warganegara lahir tahun 2020 dan 2021 mengikut kohort umur ditetapkan.
Ibu bapa diingatkan untuk mengemas kini maklumat di akaun idMe lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa proses pendaftaran.Sumber: Malaysia Gazette Gambar: Sirap Limau

Leave a Reply