Deretan kedai di Taman Medan musnah dalam kebakaran

PETALING JAYA 29 Jan – Deretan kedai makan dan kedai runcit di Jalan PJS 2D/1, Taman Medan, di sini musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.29 tengah hari.

Menurutnya, seramai 14 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penchala dikerahkan ke lokasi kejadian, dengan bantuan BBP Petaling Jaya, Puchong dan Subang Jaya.

“Kebakaran melibatkan bangunan kelas C yang menempatkan deretan kedai makan dan kedai runcit, dengan anggaran kemusnahan kira-kira 80 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian yang dialami,” katanya.

🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13866

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *