Ooi Chooi Beng, 44, bekas ejen tuntutan hutang (along) dan pengusaha pub, kini bergelar pendakwah sepenuh masa selepas memeluk Islam pada September 2017.

Walaupun dahulunya mempunyai persepsi negatif terhadap Islam dan hidup mewah dengan pendapatan mencecah enam angka, beliau memilih untuk meninggalkan dunia jenayah demi mencari keredaan Allah SWT.Proses penghijrahannya tidak mudah apabila beliau diuji dengan kejatuhan kewangan dan terpaksa melunaskan hutang RM150,000 selepas “cuci tangan” daripada kerjaya lamanya.

Namun, dengan sokongan isteri dan bimbingan rakan mualaf, beliau kini aktif sebagai penceramah bebas dan giat menyebarkan syariat Islam melalui pendekatan mencari titik persamaan tanpa mengguris perasaan masyarakat pelbagai kaum.Sumber: Harian MetroGambar: FB Ben Ooi Chooi Beng

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/18BcDfsn1h/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *