Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan warga asing gagal menjelaskan bil rawatan hospital kerajaan berjumlah RM102 juta bagi tempoh tiga tahun (2023-2025).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.

Dzulkefly Ahmad, menyatakan bahawa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) merupakan penyumbang tunggakan tertinggi, iaitu sebanyak 73.3 peratus atau RM22.40 juta daripada jumlah keseluruhan pada tahun lalu sahaja.Bagi mengatasi isu ini, KKM telah melaksanakan pelbagai langkah tegas termasuk mewajibkan bayaran deposit sebelum rawatan, bekerjasama dengan kedutaan asing, serta bertindak memotong akaun bank majikan yang gagal melunaskan bil pekerja mereka.

Selain itu, syarat caruman Skim Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) juga diperketatkan dalam proses permohonan pas kerja bagi mengurangkan beban kewangan sektor kesihatan awam.Sumber: UtusanGambar: The Centre

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/18Law6vgey/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *