Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan bahawa dakwaan makan durian bersama air berkarbonat boleh menyebabkan kematian serta-merta adalah mitos semata-mata.

Tiada tindak balas kimia yang menukarkan kombinasi tersebut menjadi racun, namun ia memberikan beban metabolik yang melampau kepada tubuh disebabkan kandungan gula dan karbohidrat yang sangat tinggi.Kematian mengejut yang sering dilaporkan biasanya berpunca daripada lonjakan gula darah (sugar spike) dan kembung perut teruk yang menekan diafragma sehingga menyukarkan pernafasan.

Bagi penghidap kencing manis atau sakit jantung, tekanan ini boleh memicu serangan jantung atau strok.

PHM menyarankan orang ramai agar menikmati durian dengan air kosong sahaja demi keselamatan dan keselesaan perut.Sumber: FB Public Health MalaysiaGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1DC5GE8AMe/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *