Kejadian berlaku ketika Elizabeth Lopez-Aguilar, 24, sedang merakam video TikTok sebelum perantinya dilarikan.
Tanpa membuang masa, Elizabeth bersama teman lelakinya yang juga seorang atlet basikal, bertindak mengejar suspek.Berkat stamina dan kepantasan sebagai peserta enam acara triatlon, pasangan itu berjaya memintas pencuri tersebut dalam masa singkat.
Elizabeth berjaya mendapatkan semula telefonnya tanpa sebarang pergelutan fizikal yang serius.
Walaupun menyifatkan pengalaman itu menakutkan, beliau mengakui bernasib baik kerana suspek tidak bersenjata dan mereka memilih untuk tidak membuat laporan polis selepas peranti dikembalikan.Sumber: Harian Metro Gambar Hiasan

Leave a Reply