Pakar psikologi klinikal, Dr.

Noor Aishah Rosli, menegaskan bahawa ibu bapa tidak seharusnya memaksa anak kidal bertukar menggunakan tangan kanan kerana ia berkaitan dengan dominasi otak kanan yang mengawal koordinasi motor halus.

Kidal bukanlah satu masalah pembelajaran, kelemahan akademik, mahupun tanda disleksia, malah kanak-kanak kidal sering kali petah bercakap dan bijak.Teguran berlebihan atau paksaan untuk bertukar tangan hanya akan memberi kesan psikologi negatif seperti rasa rendah diri dan cemas.

Walaupun penggunaan tangan kanan digalakkan dalam budaya dan agama terutama untuk makan, aktiviti lain seperti menulis tidak seharusnya diganggu.

Cabaran utama murid kidal sebenarnya adalah persekitaran sekolah, seperti reka bentuk meja dan gunting yang lazimnya dibuat untuk pengguna tangan kanan.Sumber: Utusan Gambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17CnNtoRe1/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *