Keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Semenanjung Malaysia mencatatkan peningkatan kepada 4.

95 juta hektar pada tahun 2024, berbanding 4.82 juta hektar pada 2020.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, Kelantan memegang rekod keluasan tertinggi dengan 1.36 juta hektar, manakala Kuala Lumpur merekodkan keluasan terkecil iaitu 1,004 hektar.Data ini tidak merangkumi Pulau Pinang dan Melaka kerana ketiadaan Enakmen Rizab Melayu (ERM) di negeri-negeri tersebut.

Arthur turut menegaskan bahawa perlindungan TRM adalah tertakluk kepada Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan, yang mewajibkan penggantian tanah setara sekiranya berlaku sebarang pembatalan status rizab.Sumber: Berita HarianGambar: FB Arthur Joseph Kurup, Gambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1PipCbwdhW/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *