Penguin sering dilihat berkumpul di tepi ais dan kelihatan ragu-ragu sebelum terjun ke laut kerana ancaman pemangsa berbahaya seperti anjing laut harimau yang menunggu di bawah permukaan air.

Dalam keadaan itu, kumpulan penguin akan menunggu dengan cemas, malah ada yang kelihatan seperti menolak seekor penguin terlebih dahulu bagi memastikan keadaan selamat.Namun hakikatnya, penguin tidak sengaja mengorbankan rakan mereka.

Pergerakan yang kelihatan seperti tolakan biasanya berlaku secara tidak sengaja akibat kesesakan dalam kumpulan atau kerana ada penguin yang tergelincir masuk ke laut.

Apabila penguin pertama muncul semula tanpa cedera, ia menjadi isyarat selamat kepada yang lain untuk turut terjun ke laut.

Sumber: DedicationGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1JWXFh2pMR/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *