Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengarahkan pembatalan serta-merta Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) seorang pemandu Grab yang terlibat dalam insiden gangguan seksual terhadap penumpang wanita di Johor Bahru.

Menterinya, Anthony Loke, menegaskan bahawa tindakan tegas ini secara automatik menghalang individu terbabit daripada berkhidmat di mana-mana platform e-hailing di negara ini.Susulan kejadian yang tular itu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memanggil semua pengendali e-hailing untuk membentangkan pelan penambahbaikan keselamatan penumpang.

Pihak Grab Malaysia turut memohon maaf dan menyatakan kekesalan mereka, sambil memberi komitmen untuk memberikan sokongan penuh kepada mangsa bagi memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap pelaku.Sumber: Kosmo!, Malay Mail

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1B3WSM3WfF/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *