Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, mempersoalkan kenyataan Anwar Ibrahim berhubung isu 5,207 hektar kawasan sempadan negara yang didakwa berubah-ubah.

Menurutnya, sebelum ini Perdana Menteri menafikan kewujudan angka tersebut, namun kemudian menyatakan kawasan itu masih dalam rundingan dan bukan milik mana-mana negara.Ahmad Fadhli berkata, istilah “bukan milik sesiapa” bukan ayat yang menenangkan rakyat, malah mencetuskan kebimbangan kerana sejarah menunjukkan banyak wilayah hilang akibat kenyataan sedemikian.

Beliau juga mempersoalkan isu pampasan tanah yang disebut kerajaan sedangkan pada masa sama menafikan sebarang penyerahan wilayah.Tambahnya, selepas puluhan tahun rundingan, Parlimen masih belum didedahkan peta lengkap, asas koordinat dan justifikasi terperinci.

Menurut beliau, rakyat hanya mahu penjelasan yang jelas, konsisten serta disertakan bukti bahawa Malaysia tidak kehilangan walau seinci tanah.Sumber: Sinar HarianGambar: Parlimen

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/18RVghQqEy/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *