Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh memaklumkan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh masih kekal sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri kerana isu peletakan jawatannya belum dibincangkan dengan Yang Dipertua Negeri.

Menurut beliau, sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas perbincangan bersama Mohd Ali Mohd Rustam dijalankan.

Setakat ini, permohonan peletakan jawatan yang dikemukakan oleh Dr Muhamad Akmal masih belum diputuskan secara rasmi.Dr Muhamad Akmal sebelum ini mengumumkan hasrat melepaskan jawatan susulan kenyataannya menggesa UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan, yang mendapat reaksi negatif daripada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, beliau masih meneruskan tugas seperti biasa sebagai Exco negeri.Sumber: BernamaGambar: FB Ab Rauf Yusoh / UMNO Online

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1Fzg3Yz1JA/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *