Pelawak Shahrol Shiro menyuarakan rasa kecewa terhadap persembahan stand-up komedi oleh Hairth Iskander yang disifatkan masih menggunakan punchline lama dan berunsur body shaming.
Menurutnya, persembahan yang ditonton di Melaka baru-baru ini menampilkan segmen ‘hantu paling seram di Malaysia’ yang akhirnya membawa kepada sindiran berbentuk fizikal terhadap Datin Seri Rosmah.
“Dalam satu beat stand-up beliau, ada satu punchline tentang mitologi paling seram di Malaysia.
“Hantu yang paling seram di Malaysia, nombor tiga kita ada Toyol, kemudian dibahas tentang Toyol. Nombor dua, Pontianak, dan dibahas tentang Pontianak. Dan nombor satu (gambar Datin Rosmah), menurut keyakinan saya, beat tersebut lebih kepada beat membahan fizikal ataupun body shaming,” katanya.
Shahrol menegaskan isu yang dibangkitkan bukan berkaitan individu tertentu, sebaliknya prinsip bahawa lawak berunsur body shaming tidak wajar dinormalisasikan dalam industri komedi.
“Beliau disamakan dengan hantu dan syaitan yang menyeramkan. Komedi itu lurus-lurus dan patah. Patahan daripada komedi itu adalah Datin Seri Rosmah.
“Saya tegaskan di sini, walau siapa sekalipun, walaupun bukan Datin Seri Rosmah, saya akan bersuara tentang bab ini. Ini adalah tentang lawak body shaming yang tak patut.
“Abang Harith, why? Kenapa? Kenapa beat stand-up komedi itu beat yang itu Abang Harith makan? Abang Harith boleh cari beat-beat lain,” katanya.
Tambahnya, terdapat banyak idea lain yang lebih kreatif dan membina yang boleh diketengahkan tanpa menyentuh soal fizikal individu. Sebagai rakan seperjuangan dalam dunia komedi dan bekas peserta Maharaja Lawak Mega, beliau berharap komedian senior dapat menjadi contoh dengan menghasilkan kandungan yang lebih berfaedah kepada generasi masa kini.
Beliau turut menzahirkan rasa hormat terhadap Harith Iskander dan menegaskan hasratnya bukan untuk mencetuskan konflik, sebaliknya mengajak semua pihak bersama-sama memajukan industri komedi Malaysia ke arah yang lebih matang dan beretika.
“Sebab saya rasa trend komedi sekarang bukan seperti itu. Jadi Abang Harith, minta maaf kalau saya silap faham. Saya tak nak bergaduh dengan Abang Harith.
“Saya hormat Abang Harith sebagai senior komedian di Malaysia. Carilah beat ataupun komedi yang lebih membina, membangun, dan boleh memberi manfaat kepada generasi hari ini. Sama-samalah kita majukan industri komedi Malaysia,” jelasnya.
🔗 Source: https://thereporter.my/shahrol-shiro-tegur-beat-stand-up-comedy-harith-iskander/

Leave a Reply