Kertas siasatan yang melibatkan pelbagai peruntukan undang-undang—termasuk kesalahan pelacuran, pemilikan bahan lucah, dan cubaan persetubuhan luar tabii—telah dirujuk untuk penelitian sejak Disember 2025.Isu ini dibangkitkan semula di Parlimen susulan laporan bahawa kesemua suspek dibebaskan sebelum ini akibat kekurangan bukti dan penolakan reman oleh mahkamah.
Serbuan tersebut sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila seramai 17 penjawat awam turut ditahan bersama rampasan peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti tidak bermoral.Sumber: Berita Harian

Leave a Reply