Sepasang pengantin di Tampin, Negeri Sembilan, menanggung kerugian lebih RM11,000 selepas seorang pengusaha katering gagal muncul pada hari majlis perkahwinan mereka, 31 Januari lalu.

Mangsa hanya dimaklumkan melalui mesej WhatsApp pada jam 4 pagi hari kejadian bahawa katerer tersebut tidak dapat hadir atas alasan yang tidak jelas sebelum terus gagal dihubungi.Kejadian ini memaksa ibu pengantin menggadaikan gelang emas bagi membiayai katerer pengganti saat akhir yang menelan kos tambahan sebanyak RM6,000, sedangkan bayaran deposit sebanyak RM5,800 telah pun dijelaskan kepada katerer asal.

Siasatan melalui media sosial mendedahkan terdapat dua lagi pasangan turut menjadi mangsa pada tarikh yang sama.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Gemencheh bagi menuntut semula pemulangan wang mangsa.

Sumber: Berita HarianGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/186ruKCRFs/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *