Siti Zailah mempersoalkan kesesuaian penggunaan istilah tersebut oleh individu bukan Islam kerana bimbang ia boleh mengelirukan masyarakat serta dianggap mempermainkan kesucian agama.Walau bagaimanapun, Nga Kor Ming mempertahankan tindakannya dengan menegaskan bahawa kalimah tersebut adalah istilah Arab yang menunjukkan rasa syukur kepada Tuhan dan beliau menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.
Isu ini turut mendapat reaksi berbeza daripada Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof, yang menyambut baik penggunaan kalimah tersebut sebagai tanda keharmonian, sambil mendoakan agar menteri berkenaan mendapat hidayah.Sumber: Malaysia GazetteGambar: FB Nga Kor Ming

Leave a Reply