Suraj Chavan, bintang media sosial yang digelar ‘Justin Bieber India’, kini menjadi bualan hangat selepas tular dakwaan palsu kononnya beliau diundi sebagai lelaki paling kacak di India.

Walaupun dakwaan tersebut telah disahkan tidak sahih melalui semakan fakta di platform X, populariti pemenang Bigg Boss Marathi musim kelima ini tetap melonjak tinggi.Chavan yang dahulunya hanya bekerja sebagai buruh dengan upah RM13 sehari, kini berjaya mengubah nasib hidupnya dengan pendapatan mencecah RM1,700 bagi setiap penampilan dalam talian.

Beliau yang mempunyai jutaan pengikut kini aktif dalam bidang lakonan, termasuk membintangi drama romantik terbaharu berjudul Zapuk Zapuk (2025).Sumber: Berita Harian

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/14RmxpSfKW7/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *