Ular terpanjang dunia, sama panjang dengan bas

JAKARTA – Seekor ular sawa batik yang ditemui di sebuah kawasan hutan di Indonesia tercatat dalam Guinness World Records kerana memiliki panjang lebih 7 meter (23 kaki), lapor portal berita Money Control.

Dinamakan Baron, ular sawa betina itu mencatatkan rekod ular terpanjang dunia.

Baron memiliki berat hampir 96 kilogram dan 7.22 meter panjang, menyamai panjang sebuah bas.

Pencapaian itu dibuat selepas Baron diukur menggunakan alat khas. Pengukuran tersebut dilakukan dengan teliti mengikut prosedur saintifik yang ketat. – AGENSI

🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/02/06/ular-terpanjang-dunia-sama-panjang-dengan-bas/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *