SEJAK nama hangat diperkatakan susulan kemelut dengan Mia Sara Nasuha, Diva nampak rezeki Puteri Balqis atau Aqish semakin hari semakin mendunia.
Mana tidaknya, Diva tengok setiap hari ada sahaja produk dan jenama yang dipromosikan Aqish dalam media sosialnya termasuk menjadi model baju raya.
Mungkin semua rezeki raih itu hikmah di sebalik ribut yang melanda hidupnya sebelum ini. Diva rasa juga berkat kesabaran Aqish juga sepanjang bergelar anak seni.
Tapi Diva tumpang seronok tengok rezeki Aqish yang semakin mencurah-curah dan harap semua berhentilah lempar komen negatif terhadapnya.
Menjelang bulan Ramadan ini juga Diva harap segala kemelut yang berlaku kembali jernih. Taknaklah ada sebarang pergaduhan lagi, penat.
DIVA: Tak sabar nak menyaksikan kehebatan Datuk Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam konsert Sembilu.
🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/02/08/puteri-balqis-laris-macam-goreng-pisang-panas/

Leave a Reply