Dua beradik berusia 13 dan 9 tahun di Bengaluru, India, nekad melarikan diri sejauh 200 kilometer dari rumah selepas kecewa dimarahi ibu bapa kerana ponteng kelas tuisyen.

Menggunakan Skim Shakti (perjalanan bas percuma untuk wanita), remaja perempuan tersebut bersama adiknya menaiki bas merentasi beberapa daerah termasuk Shivamogga dan Chitradurga tanpa pengetahuan keluarga.Kehilangan mereka disedari ibu bapa sebelum laporan polis dibuat, yang kemudiannya mencetuskan operasi pencarian di seluruh negeri Karnataka.

Berdasarkan maklumat orang awam yang mengecam wajah mereka melalui hebahan media sosial, polis berjaya mengesan kedua-dua kanak-kanak itu di Chitradurga dan membawa mereka pulang dengan selamat untuk disatukan semula dengan keluarga.

Sumber: Sinar HarianGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1C23C1chmE/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *