Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan aktiviti penternakan babi diteruskan sekiranya ia dibangunkan di kawasan yang boleh mencetuskan kegelisahan penduduk setempat.

Menurut beliau, faktor sensitiviti dan ketenteraman masyarakat menjadi keutamaan, justeru lokasi penternakan perlu berada jauh daripada kawasan kediaman bagi mengelakkan konflik serta rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk.Dalam masa sama, Anwar menegaskan kerajaan tidak melarang orang bukan Islam memakan daging babi, selaras dengan dasar menghormati kepelbagaian, sambil mengekalkan keharmonian masyarakat.Sumber: Malaysia GazetteGambar: Pejabat Perdana Menteri / FB Anwar Ibrahim

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AVoym85Ze/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *