Penyanyi rap terkenal Britain, Central Cee, atau nama sebenarnya Oakley Neil Caesar-Su mengumumkan beliau telah memeluk Islam semasa livestream baru-baru ini.

Beliau turut memaklumkan telah menukar nama pertamanya kepada Aqeel.

Rapper berusia 27 tahun ini sebelum ini tidak pernah membincangkan isu agama secara terbuka, walaupun peminat pernah membuat spekulasi berdasarkan kapsyen media sosialnya.Central Cee, lahir pada 4 Jun 1998 di London, memulakan kerjaya muzik pada 2014 dan kini merupakan salah seorang rapper UK paling terkenal.

Beliau mencatatkan pelbagai kejayaan, termasuk mixtape dan album yang mencapai carta teratas UK, kolaborasi popular dengan Dave, serta menjadi rapper UK pertama yang mendebut di Top 10 Billboard 200 pada 2025.Sumber: Daily timesGambar: Instagram centralcee

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/14Y7aQedyWZ/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *