Malaysia memerlukan kira-kira 2,000 beg bekalan darah setiap hari bagi menampung keperluan rawatan perubatan dan kecemasan di seluruh negara.

Bagi kawasan Lembah Klang sahaja, sekurang-kurangnya 600 beg darah diperlukan untuk dibekalkan kepada hospital kerajaan dan swasta.Pegawai Perubatan PDN, Dr Ambika Nakulan berkata, bekalan itu digunakan untuk merawat kira-kira 1,000 pesakit setiap hari, termasuk pesakit kanser, talasemia, mangsa kemalangan, ibu bersalin serta bayi pramatang yang memerlukan transfusi darah secara berkala.Menurut beliau, bekalan darah sering terjejas terutama ketika cuti sekolah dan musim perayaan apabila ramai penderma bercuti.

Sehubungan itu, orang ramai yang layak digesa tampil menderma bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk menyelamatkan nyawa.Sumber: Harian MetroGambar: Universiti Putra Malaysia

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AZPxqrzmu/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *