Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, satu daripada enam penduduk negeri itu dikenal pasti menghidap kencing manis, termasuk golongan muda seawal usia 18 tahun, dipercayai berpunca daripada faktor gaya hidup dan pemakanan.Beliau mengingatkan bahawa diabetes boleh membawa kepada komplikasi serius jika tidak dikawal, sekali gus memberi tekanan kepada sistem kesihatan.
Orang ramai disaran menjalani pemeriksaan awal serta mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko penyakit kronik.Sumber: Harian MetroGambar: Hiasan

Leave a Reply