Polis menahan seorang lelaki susulan siasatan kebakaran sebuah unit kondominium di Bangi, dekat Kajang, yang berlaku pada malam Ahad dan dipercayai berpunca daripada letupan mercun.

Siasatan awal mendapati kebakaran tercetus akibat letupan beberapa kotak mercun yang dibeli serta disimpan bagi tujuan jualan tanpa lesen dan permit, sehingga menyebabkan keseluruhan unit kondominium terbakar.

Susulan kejadian itu, polis menahan penyewa unit berkenaan, seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun yang juga seorang peniaga, untuk membantu siasatan.Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sumber: Facebook Polis Daerah KajangGambar: Thread frhnbkr

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1JiFtVfWWP/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *