Kejadian berlaku ketika beliau sedang mengemas barang sebelum pulang ke India selepas menghadiri majlis perkahwinan di bandar tersebut.
Kamini hanya menyedari kehilangan empat syiling emas dan satu jongkong emas seberat 50 gram itu sehari sebelum penerbangannya.Walaupun pada mulanya reda, emas berkenaan berjaya ditemui semula hasil kecekapan sistem pengesanan sampah Dubai dan tindakan pantas pihak polis memintas seorang pekerja pembersihan yang menemui emas tersebut.
Selepas melalui proses pengesahan melalui resit dan gambar di Balai Polis Naif, barangan berharga itu dipulangkan semula kepada pemiliknya.
Insiden ini sekali lagi mengukuhkan reputasi Dubai sebagai salah satu bandar paling selamat dan cekap dalam menguruskan penemuan barang hilang.
Sumber: Harian MetroGambar Hiasan

Leave a Reply