KUSKOP bantu 5 syarikat Malaysia raih urus niaga RM2 bilion di Arab Saudi

Lima syarikat Malaysia bakal meterai perjanjian hampir RM2 bilion di Arab Saudi menerusi inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), sekali gus membuka laluan lebih besar ke pasaran Timur Tengah.

Perkembangan itu diumumkan dalam satu kenyataan rasmi KUSKOP pada Rabu, yang memaklumkan lima syarikat tempatan iaitu Jaman Tory Group Sdn Bhd, A&A Empire Sdn Bhd (Bokitta), Agro 19 Berhad, Ramly Food Processing Sdn Bhd dan Ayamas Integrated Poultry Industry Sdn Bhd akan memuktamadkan urus niaga bersama rakan niaga masing-masing di Mekah.

Keseluruhan nilai perjanjian tersebut dianggarkan hampir RM2 bilion dan dimeterai sempena Makkah Halal Forum 2026 yang berlangsung dari 14 hingga 16 Februari di Arab Saudi.

🔗 Source: https://thereporter.my/kuskop-bantu-5-syarikat-rai-urus-niaga-rm2-bilion-arab-saudi/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *