Seorang doktor gigi mencetuskan perdebatan hangat selepas membandingkan sikap masyarakat yang sanggup membayar RM1,500 untuk solekan pengantin, namun merungut dengan caj rawatan gigi serendah RM150.

Menerusi hantaran di Threads, beliau meluahkan kekesalan terhadap mentaliti yang mengutamakan kemahuan (wants) berbanding keperluan (needs) kesihatan yang digunakan setiap hari.

Beliau turut menggesa Majlis Pergigian Malaysia (MDC) agar mendidik orang awam mengenai kos operasi sebenar serta memperkasakan kawalan harga.

Rata-rata netizen bersetuju dan berpendapat subsidi tinggi dalam sektor kesihatan awam telah membentuk jangkaan masyarakat yang kurang menghargai nilai profesional rawatan pergigian swasta.

Sumber: The SunGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/18CPjiurxK/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *