Hamzah Zainuddin dipecat keahlian BERSATU serta-merta

Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini mengumumkan pemecatan keahlian Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut notis rasmi yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Datuk Mohd Radzi Manan, tindakan itu dibuat kerana Hamzah didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti.

Notis itu menyatakan bahawa ahli boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh 14 hari.

Sebelum ini, Hamzah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan semasa Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU serta serangan terhadap Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, beliau tidak dapat hadir kerana berada di Sydney, Australia, bagi membantu urusan pendaftaran universiti anak perempuannya.

Terdahulu, hli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal,mencabar pihak yang didakwanya sebagai musuh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, untuk bertindak secara berterus terang.

Dalam hantaran di Facebook, Wan Fayhsal melontarkan kritikan keras terhadap kepimpinan parti yang didakwanya dikelilingi ‘kaki ampu dan kaki bodek’. Beliau mendesak agar sebarang tindakan terhadap Hamzah dibuat secara terbuka tanpa berselindung.

🔗 Source: https://thereporter.my/hamzah-zainuddin-dipecat-keahlian-bersatu-serta-merta/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *