Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas pertuduhan membunuh rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, di tandas sebuah sekolah di Bandar Utama pada Oktober tahun lalu.

Dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Adlin Abdul Majid, pengakuan itu direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun di bawah Akta Kanak-kanak 2001, hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah bawah 18 tahun, sebaliknya diganti dengan tahanan selama diperkenankan oleh pihak berkuasa negeri.

Mahkamah menetapkan 6 Mac depan untuk pengurusan kes bagi menentukan tarikh perbicaraan yang dijangka bermula pada Julai 2026.Sumber: Harian MetroGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1AdksT5aUn/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *