Jualan makanan berasal Venezuela ‘meroket’

KUALA LUMPUR – Makanan pemanis mulut quesillo dijangka menjadi pilihan sepanjang Ramadan ekoran rasanya yang lebih enak berbanding puding karamel dengan peniaga yakin dapat dijual lebih 150 loyang sehari. Makanan berasal dari Ve­nezuela menggunakan campuran keju, krim putar, susu dan telur itu membuatkannya lebih berlemak dan padat sehingga menjadi kegilaan pelanggan. Rata-rata peniaga yang sudah menjualnya ketika ini mengakui ia mendapat sambutan luar biasa sejak tular di media sosial. Wan Nurhaiza Wan Mahusin, 26, berkata, dia terpaksa berhenti menghasilkan puding…

🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/02/15/jualan-makanan-berasal-venezuela-meroket/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *