Seorang pengatur cara komputer (programmer), Gao Guanghui, 32, maut akibat serangan jantung yang dikaitkan dengan tekanan kerja melampau (overwork).

Mangsa yang sering bekerja lewat malam demi mengubah nasib keluarga itu mencetuskan kemarahan netizen apabila akaun kerjanya dikesan masih menerima tugasan segera lapan jam selepas kematiannya disahkan.

Lebih menyedihkan, rekod menunjukkan sistem masih diakses ketika mangsa sedang bergelut dengan maut sebelum menghembuskan nafas terakhir pada November 2025.

Tragedi ini kini dalam siasatan pihak berkuasa dan menjadi simbol amaran global terhadap budaya kerja ekstrem yang mengabaikan keseimbangan kesihatan mental serta fizikal pekerja.

Sumber: The Malaysian UpdateGambar Hiasan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1ZAZPppWFs/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *