Orang ramai berzikir depan rumah Jokowi

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan berpuluh-puluh orang berkumpul dan berzikir di hadapan rumah bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) semalam, lapor portal berita Lambe Turah.

Kediaman beliau terletak di Surakarta, wilayah Jawa Tengah.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pikiranrakyat menunjukkan orang ramai termasuk kanak-kanak duduk bersila di hadapan rumah Jokowi sambil melantunkan zikir.

Ada antara mereka yang datang dari kawasan lain termasuk Brebes dan Banyumas.

Salah seorang pengunjung berkata, mereka berbuat sedemikian untuk mendoakan kesihatan dan keselamatan Jokowi.

Rakaman itu mencatatkan lebih 49,500 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

β€œRakyat tanpa henti mendoakan Jokowi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

πŸ”— Source: https://www.kosmo.com.my/2026/02/15/orang-ramai-berzikir-depan-rumah-jokowi/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *