Fungsi log masuk MyTax alami gangguan teknikal

PETALING JAYA – Fungsi log masuk ke sistem aplikasi MyTax kini mengalami gangguan teknikal dan tidak dapat diakses oleh orang ramai buat sementara waktu.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu makluman edaran memaklumkan, pihaknya sedang mengambil tindakan segera bagi memulihkan perkhidmatan agar dapat beroperasi seperti biasa.

“Segala kesulitan amat dikesali,” katanya.

Dengan kemudahan dalam talian ini, pengguna boleh menyemak status cukai, membuat bayaran, serta mengakses pelbagai perkhidmatan lain yang disediakan oleh LHDN. – KOSMO! ONLINE

🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/03/02/fungsi-log-masuk-mytax-alami-gangguan-teknikal/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *