Anak, ibu kongsi pentas konvokesyen

JOHOR BAHRU – Seorang gra­duan melakar detik manis apabila berkongsi pentas bersama ibunya pada Majlis Konvokesyen ke-19, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ketika menerima skrol di Dewan Sultan Iskandar, Skudai di sini semalam.

Afif Izhar Abdullah Haris, 23, berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kejurute­raan Mekanikal, manakala ibunya, Dr. Azura Ahmad menerima Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan.

Afis Izhar berkata, kejayaan itu bukan sekadar meraih ijazah, tetapi simbol pengorbanan seorang wanita bergelar ibu yang menjadi idola hidupnya.

“Ibu saya belajar hingga lewat malam, menguruskan kerja dan keluarga, tapi tetap memberi sokongan tak berbelah bagi.

“Dia adalah sumber kekuatan dan inspirasi terbesar saya. Kalau ibu boleh bertahan dan berjaya, saya juga mesti kuat. Setiap kali rasa lemah, saya teringat pengorbanannya,” katanya.

Sementara itu, Dr. Azura me­ngakui pengalaman itu meleng­kapkan perjalanan akademiknya yang penuh liku.

Katanya, kejayaan anaknya bukti didikan, teladan dan soko­ngan tidak pernah sia-sia.

“Saya mahu Afif tahu, tiada halangan terlalu besar jika ada tekad dan doa. Melihatnya berdiri dengan saya, itu pengajaran hidup tidak ternilai,” katanya.

🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/19/anak-ibu-kongsi-pentas-konvokesyen/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *