KUALA LUMPUR 24 Nov β Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Isnin mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah sehingga jam 1 tengah hari.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Pahang (Bera), Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol).
Di Sabah, cuaca buruk diramal berlaku di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Selain itu, MetMalaysia turut memaklumkan pembentukan satu lekukan tropika yang dikesan pada jam 8 pagi di latitud 9.5 Utara dan longitud 128.2 Timur, kira-kira 219 kilometer (km) timur laut Gingoog City, Filipina.
Sistem tersebut bergerak ke arah barat pada kelajuan 10 km/j dengan angin maksimum berkelajuan 56 km/j.
Bagaimanapun, MetMalaysia menjelaskan bahawa lekukan tropika itu tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia, dengan jarak terdekat direkodkan sekitar 1,211 km dari Semporna, Sabah.
π Source: https://www.mediatelus.com/detail/12690

Leave a Reply