24 jam minta maaf, Intan Najuwa tarik balik LOD terhadap netizen

“Disebabkan dia bertindak balas dalam tempoh 24 jam, saya putuskan untuk tidak memanjangkan isu ini,” katanya dalam Threads.

Tambah pelakon drama Tuan Danial itu, dirinya bukan susuk yang gemar mencetuskan permusuhan, sebaliknya memilih hidup tenang dan fokus pada urusan sendiri.

“Siapa yang kenal saya tahu saya seorang sangat bertolak ansur. Saya tak kacau sesiapa, saya fokus pada hidup sendiri.

“Saya selalu cuba buat baik, bantu orang dan hormati sesiapa di sekeliling. Saya tak pernah bercakap buruk tentang orang tanpa sebab, dan saya bukan jenis menyimpan dendam,” luahnya.

Pun begitu, ibu satu anak itu menegaskan bahawa kesabarannya ada batas, terutama apabila ada pihak cuba mencemar maruah keluarganya.

“Kalau orang baik dengan saya, saya akan balas dengan lebih baik. Tapi kalau sengaja kacau saya atau sentuh keluarga, saya takkan berdiam.

“Saya akan buat apa sahaja demi lindungi mereka, dan ketika itu, bersedialah dengan akibatnya,” jelasnya.

Paling penting, Intan mengingatkan orang ramai agar lebih berhemah ketika menggunakan media sosial kerana setiap tindakan boleh membawa padah.

“Tolong guna media sosial dengan betul. Jangan sebar negatif atau serang orang. Kita tak tahu sejauh mana semua itu boleh memakan diri bila tersilap langkah.

“Bila realiti menyentak, barulah sedar. Apa pun, jadilah manusia yang baik. Kata-kata elok selalunya kembali dalam bentuk elok,” tegasnya.

Jelasnya, surat itu bertujuan memberi peluang mereka memohon maaf secara peribadi sebelum tindakan undang-undang diambil jika terus berdiam diri atau mengabaikan tuntutan tersebut. – KOSMO! ONLINE

🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/11/25/24-jam-minta-maaf-intan-najuwa-tarik-balik-lod-terhadap-netizen/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *