MARANG 8 Dis – Polis sedang menyiasat dua kes dakwaan amang seksual yang melibatkan pelajar orang kurang upaya (OKU) di sebuah asrama di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Sofian Redzuan, berkata siasatan dijalankan susulan dua laporan polis yang diterima pada Ahad lalu, masing-masing melibatkan mangsa dan suspek yang berbeza pada tarikh berlainan.
Dalam kes pertama, mangsa berusia 17 tahun yang dikategorikan OKU ketidakupayaan pembelajaran mendakwa seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun telah menyentuh kemaluannya dan cuba meliwatnya pada kira-kira jam 2 petang, 17 November lalu. Mangsa awalnya mengadu kepada warden asrama yang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Kes kedua melibatkan mangsa berusia 13 tahun yang merupakan OKU Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Mangsa mendakwa pelajar lelaki berusia 16 tahun memaksa beliau melancap kemaluannya dan cuba meliwatnya kira-kira jam 6 petang, 20 November lalu. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(b) dan 14(d) akta yang sama.
Sofian menegaskan pihak polis sedang memanggil suspek-suspek untuk diambil keterangan dan menyifatkan kejadian itu sebagai serius kerana melibatkan moral dan perlakuan jenayah.
Beliau turut menasihati ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau pergaulan anak-anak bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.
🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/12980

Leave a Reply