KOTA BHARU 18 Dis – Seorang pegawai narkotik sedang disiasat berhubung dakwaan mencabul isteri seorang tahanan dalam satu kejadian di Pasir Mas, minggu lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pegawai terbabit berusia lingkungan 30-an manakala wanita berkenaan berusia 20-an.
“Kes masih dalam siasatan dan pegawai terbabit telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, pada Khamis.
Menurut Mohd Yusoff, wanita berkenaan dipercayai bertemu pegawai tersebut bagi urusan berkaitan suaminya yang ditahan atas kes dadah.
“Kejadian dikatakan berlaku di dalam sebuah kereta pada sekitar jam 9 malam,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.
🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13167

Leave a Reply