KUALA LUMPUR 19 Dis – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 sebanyak 5.75 sen seunit, mengatasi kadar penanda aras iaitu Deposit Tetap 12 Bulan Maybank yang mencatat purata 2.29 peratus.
Menurut ASNB, jumlah pembayaran sebanyak RM10.4 bilion akan diagihkan kepada 11.4 juta pemegang unit, menjadikannya pengagihan pendapatan tertinggi sejak penubuhan ASB. Dengan pengumuman ini, jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB kini mencapai RM206.7 bilion.
“Pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2026 dan boleh disemak di myASNB mulai jam 12 tengah malam pada hari yang sama,” jelas ASNB dalam kenyataan rasmi hari ini.
Sehubungan itu, ASNB memaklumkan bahawa transaksi ASB di semua saluran akan ditangguh sementara dari 27 hingga 31 Disember 2025 dan akan dibuka semula bermula 1 Januari 2026 di myASNB serta 2 Januari 2026 di cawangan dan ejen ASNB.
🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13198

Leave a Reply