JPN sahkan tiada penyalahgunaan identiti berkaitan MyKad arwah bapa pengadu

SHAH ALAM 19 Dis – Tiada unsur penyalahgunaan identiti dikesan susulan dakwaan tular di media sosial mengenai nombor MyKad milik arwah bapa pengadu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataan rasmi memaklumkan, hasil semakan mendapati kedua-dua individu yang dirujuk adalah warganegara Malaysia dengan nombor MyKad berbeza. Semakan juga menunjukkan tiada pengeluaran dokumen pengenalan secara tidak sah atau penglibatan warga asing seperti yang didakwa.

JPN turut membuat semakan silang berkaitan paparan Maklumat Wang Tak Dituntut (WTD) dengan agensi berkaitan bagi memastikan ketepatan maklumat. Orang awam dinasihatkan merujuk terus kepada Bahagian Wang Tidak Dituntut (BWTD), Jabatan Akauntan Negara untuk pengesahan dan tuntutan lanjut.

Nombor MyKad milik arwah bapa pengadu disahkan sah dan masih didaftarkan atas nama beliau. Pengesahan rasmi oleh waris boleh dilakukan di mana-mana pejabat JPN.

JPN menegaskan integriti dan keselamatan data rakyat Malaysia sentiasa dijaga mengikut undang-undang, dan sebarang penyalahgunaan data akan diambil tindakan tegas. Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan awam.

🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13195

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *