Faktor kesibukan kerja dan kekangan masa menyebabkan ramai individu beralih daripada kaedah tradisional kepada platform seperti Baituljannah, Muzz, dan TillJannah yang lebih berorientasikan taaruf serta syariat Islam.Meskipun banyak kisah kejayaan pasangan yang berkahwin dalam tempoh singkat, pengguna diingatkan supaya tetap berwaspada dengan aplikasi itu seperti profil palsu dan individu yang tidak serius.
Kos langganan dan keselamatan diri ketika bertemu buat kali pertama juga menjadi antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan oleh pengguna sebelum memulakan perkenalan.Kisah pengguna membuktikan bahawa aplikasi digital bukan sekadar ruang sembang kasual, malah boleh menjadi jalan kepada ikatan perkahwinan yang sah.
Walau bagaimanapun, penglibatan keluarga dan usaha mengenali hati budi secara mendalam tetap menjadi kunci utama bagi memastikan hubungan yang dibina kekal lama dan diredhai.Sumber: Utusan

Leave a Reply