Ozlynn marah anak sebelum ‘racun’ Johan bagi duit

“DULU tengok Sodiq kecil dan comel sahaja, tiba-tiba sudah besar!”

Itu antara komen yang membanjiri sebuah video dimuat naik menerusi akaun TikTok Borak SeeNI yang memaparkan Johan dan isterinya, Ozlyn bersama anak mereka, Ahmad Sodiq Hanania.

Paling lucu, Sodiq yang diminta memilih sama ada ibu atau bapanya lebih garang, dia memaklumkan Ozlyn akan memarahinya terlebih dahulu sebelum menghasut Johan untuk memukulnya.

“Mama yang selalu marah kemudian dia hasut papa, selepas itu papa pula pukul,” katanya.

Pengakuan tersebut membuatkan penonton terhibur, namun dalam masa sama memuji ketegasan Johan tegas dalam mendidik anak-anaknya.

🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2025/12/28/ozlynn-marah-anak-sebelum-racun-johan-bagi-duit/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *