MB Perlis umum potong gaji sendiri, exco turut terlibat

KUALA LUMPUR 29 Dis – Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah mengumumkan pemotongan gaji sendiri sebanyak RM3,000 sebulan, manakala barisan Exco Kerajaan Negeri pula akan dipotong RM1,500 sebulan.

Abu Bakar berkata, langkah tersebut diambil sebagai tanda kebersamaan kepimpinan negeri dengan rakyat Perlis.

β€œIni antara pengorbanan yang cuba kita buat untuk memajukan negeri dan keadaan ini akan berubah apabila ekonomi negeri kembali berjalan dengan baik dan stabil,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Dalam perkembangan sama, Abu Bakar memaklumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan dirombak dalam masa terdekat.

Abu Bakar yang juga Ketua Bersatu Perlis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 semalam, menggantikan ADUN Sanglang, Shukri Ramli yang meletakkan jawatan pada Khamis lalu atas faktor kesihatan.

Sebelum ini, Abu Bakar memegang jawatan Exco Pelancongan dan Kebudayaan Perlis di bawah pentadbiran Shukri.

Pelantikan beliau berlaku ketika negeri itu berdepan krisis politik susulan tindakan lapan ADUN Perikatan Nasional (PN) yang dilaporkan mengemukakan akuan bersumpah kepada Raja Perlis bagi menarik balik sokongan terhadap Shukri, yang merupakan wakil PAS.

πŸ”— Source: https://www.mediatelus.com/detail/13352

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *