Peguam Pendakwa Raya di Indonesia mendakwa kegagalan program digitalisasi pendidikan di bawah bekas Menteri Nadiem Makarim telah memberi kesan buruk kepada kualiti sumber manusia negara itu.

Program pemberian Chromebook yang dilaksanakan antara 2019 hingga 2022 tersebut didakwa dibuat tanpa kajian mendalam serta terjejas akibat masalah infrastruktur internet di kawasan terpencil.Lebih mengejutkan data tahun 2022 menunjukkan purata Indeks Kecerdasan IQ kanak kanak Indonesia hanya berada pada tahap 78 yang dikaitkan dengan kegagalan dasar pendidikan tersebut.

Kes ini turut melibatkan dakwaan rasuah dan salah urus dana kerajaan yang mengakibatkan kerugian negara mencecah 2.1 trilion rupiah atau sekitar RM609 juta.Nadiem bersama beberapa individu lain bakal berdepan sesi pembacaan dakwaan di mahkamah pada 5 Januari 2026.

Pendakwa raya menegaskan bahawa kegagalan program ini merupakan cerminan kelemahan dasar yang sepatutnya berfungsi untuk mencerdaskan rakyat namun berakhir dengan kerugian besar kepada negara.Sumber: The Malaysian Update

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/17sfusE1ok/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *