Sahruddin pula letak jawatan Pengerusi PN Johor

JOHOR BAHRU 30 Dis : Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama disusuli teraju gabungan itu di Johor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal melalui hantaran di Facebook mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Johor.

“Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Johor. Hilang jawatan MB (Menteri Besar) pun saya, letak jawatan pengerusi PN lagilah saya suka,” katanya.

Mengulas lanjut keputusan itu, bekas Menteri Besar Johor itu berkata tindakannya itu menyusul selepas peletakan jawatan Muhyiddin di peringkat pusat.

“Saya mudah sahaja, bila pimpinan pusat letakkan jawatan, (dan) saya dilantik oleh Tan Sri (Muhyiddin). Bila beliau letak jawatan, saya pun letak (jawatan PN Johor).

“Jadi saya minta pimpinan Muafakat Nasional (MN) lantik Pengerusi PN baharu di Johor,” katanya memaklumkan status ADUN di Pagoh serta kedudukan Bersatu di kawasan itu tiada perubahan.

Sahruddin dalam pada itu berharap pelantikan jawatan Pengerusi PN Johor kelak akan dapat memastikan PN menang lebih banyak kerusi di Johor.

“PN Johor ok, tiada pergolakan. PN Johor sangat bagus. Kita baru mesyuarat dua minggu lepas dan ianya berjalan baik.

“Peletakan jawatan ini tiada kena mengena dengan Johor,” katanya.

🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13375

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *