Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengkaji penyelarasan warna pakaian seragam sekolah bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa yang terpaksa menyediakan pelbagai jenis baju.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan pada Ogos 2026 dan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2027 bagi kohort murid Tahun 1 serta Tingkatan 1.Langkah ini diambil bagi mengelakkan sekolah mewajibkan terlalu banyak pakaian tambahan seperti pelbagai jenis kemeja T dan blazer yang meningkatkan kos persekolahan.

Penyelarasan warna seragam juga bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid agar tidak wujud jurang perbezaan antara sekolah yang boleh membebankan keluarga kurang berkemampuan.Dalam masa yang sama pemakaian tali leher kini tidak lagi diwajibkan bagi memastikan keselesaan murid menghadapi cuaca panas yang mencecah suhu 32 darjah celsius.

Pihak sekolah dan PIBG disaran mencapai kata sepakat dalam melaksanakan peraturan baharu ini secara beransur ansur supaya kelengkapan sedia ada masih boleh digunakan tanpa pembaziran.

Sumber: Utusan

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1c3vahHL8Q/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *