Seorang anggota polis trafik mendapat pujian meluas selepas tular video beliau menegur seorang warga emas yang memandu perlahan di lorong kanan lebuh raya.

Dengan nada yang sangat sopan anggota polis itu meminta pemandu tersebut berhenti di bahu jalan untuk memberi penjelasan mengenai kepentingan menggunakan lorong kiri bagi mengelakkan aliran trafik terganggu.Pendekatan berhemah polis berkenaan yang mendidik tanpa berkasar menyentuh hati netizen lebih-lebih lagi apabila warga emas tersebut terus memohon maaf atas kesilapannya.

Teguran ini menjadi peringatan penting buat semua pengguna jalan raya agar tidak menjadi penghalang laluan atau lane hogger yang boleh menyebabkan kesesakan serta risiko kemalangan.Untuk makluman semua pemandu yang didapati memandu perlahan di lorong kanan sehingga menyusahkan pengguna lain boleh dikenakan saman sehingga RM300.

Rata rata orang ramai menghargai tindakan profesional pihak polis dalam memastikan kelancaran lalu lintas di samping menjaga adab ketika berurusan dengan warga tua.Sumber: FB Page Pakdol, Polis Diraja Malaysia

🔗 Source: https://www.facebook.com/share/1NBWXUZW22/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *