‘Berkampung’ dalam wad, moga Normala cepat sembuh

LAMA tak dengar khabar personaliti televisyen popular, Puan Sri Normala Samsudin yang sememangnya masih mempunyai ramai peminat tegar.

Terbaharu, ikon dihormati ramai itu memaklumkan dimasukkan ke hospital berikutan tekanan darah tinggi sehingga terpaksa ‘berkampung’ dalam wad.

Difahamkan, Normala mengalami masalah tersebut ketika permulaan tahun 2026, sekali gus menjadi detik yang diingatinya.

Berkongsi lagi kisah, beliau mengakui dirinya ditempatkan di katil serta wad sama yang pernah digunakan arwah ibunya itu.

Bonda tercinta, Rajiah Buyong, menghembuskan nafas terakhir 14 Julai 2024 di Buloh Kasap, Segamat, Johor. Moga cepat sembuh ye, Puan Sri.

DIVA: Seronok baca Jeslina Hashim pasal nak menua dengan penuh keyakinan dan selesa dengan diri sendiri. Apa pun Jeslina lawa, umur dah 48 tahun tapi badan kecil molek dengan seksinya, kalah Britney Spears!

🔗 Source: https://www.kosmo.com.my/2026/01/11/berkampung-dalam-wad-moga-normala-cepat-sembuh/

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *