Letupan penghawa dingin di universiti: Seorang maut, sembilan cedera

KUALA LUMPUR 12 Jan – Satu kejadian letupan di sebuah universiti swasta di Jalan Semantan, di sini, mengorbankan seorang lelaki tempatan manakala sembilan individu lain dilaporkan cedera, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dalam kenyataannya berkata, mangsa berusia 24 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Terdahulu, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 11.40 pagi.

Menurut Fadil, siasatan awal mendapati letupan berlaku di kawasan penyelenggaraan penyaman udara yang terletak berhampiran kafeteria di tingkat empat bangunan universiti terbabit.

Beliau berkata, setakat ini lokasi kejadian telah disahkan selamat sepenuhnya, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.

Tambahnya, antara punca awal yang dikenal pasti adalah kemungkinan kebocoran gas bertekanan tinggi, namun perkara itu masih dalam siasatan forensik pihak bomba.

🔗 Source: https://www.mediatelus.com/detail/13536

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *